Sejarah ringkas Sekolah_Menengah_Kebangsaan_Derma

Pada tahun 1952, jawatankuasa sekolah memutuskan supaya pentadbiran sekolah diserahkan kepada kerajaan kerana masalah kewangan. Penyerahannya dipersetujui dengan syarat nama "Derma" dikekalkan. Mulai tahun 1953, sekolah ini diambilalih oleh kerajaan dan sejak itu telah mengalami perkembangan pesat dari segi kemudahan infrastrukturnya. Perkembangan tersebut dapatlah diringkaskan seperti berikut:

  • 1953: Sebuah asrama kayu yang boleh menampung seramai 40 orang telah siap dibina.
  • 1954: Sebuah bangunan batu dua tingkat dengan 10 buah bilik darjah dan sebuah makmal sains telah didirikan.
  • 1957: Kelas tingkatan satu aliran Bahasa Melayu dimulakan dengan 40 orang pelajar.
  • 1958: Pentadbiran bahagian rendah dan menengah telah diasingkan. Lembaga Pentadbiran Sekolah (Board of Governors) telah diwujudkan.
  • 1963: Sebuah dewan telah siap dan mula digunakan. Dewan ini dikenali sebagai "Dewan Syed Mahmud".
  • 1964: Kelas aliran Bahasa Melayu telah dipindahkan ke Sekolah Menengah Dato' Sheikh Ahmad di Arau.
  • 1967: Sekolah ini dinaikkan taraf sebagai sebuah sekolah menengah atas dan pengambilan pelajar-pelajar Tingkatan 1 telah diberhentikan.
  • 1969: Kelas aliran Bahasa Melayu dimulakan kembali atas desakan orang ramai.
  • 1970: Asrama Puteri telah didirikan dan Asrama Putera dirobohkan.
  • 1972: Nama sekolah ditukar daripada "Derma English School" kepada "Sekolah Menengah Derma".
  • 1973: Sekolah merayakan ulang tahun ke-25 (Jubli Perak).
  • 1976: Sebuah bangunan tiga tingkat mengandungi 4 makmal sains (fizik, kimia dan biologi), 7 buah bilik darjah dan sebuah bilik guru dirasmikan oleh D.Y.M.M. Tuanku Raja Perlis.
  • 1984: Sebuah blok tiga tingkat mengandungi sebuah bilik guru, bilik sumber dan bilik-bilik darjah mula digunakan.
  • 1990: Sekolah menerima "Anugerah Sekolah Harapan "(Kategori Sekolah Menengah Bandar).
  • 1994: Menerima anugerah "Seri Cemerlang Operasi Cerdik Jabatan Pendidikan Perlis".
  • 1995: Menerima anugerah "Sekolah Harapan Negara", Kategori Sekolah Menengah Bandar.
  • 1996: Dua blok tiga tingkat asrama putera dan puteri beserta dengan dewan makan siap dibina dan diduduki oleh pelajar.
  • 1997: Menerima anugerah "Sekolah Harapan Negara", Kategori Sekolah Menengah Bandar serta pengiktirafan MS ISO 9002 (SIRIM). Juga menerima anugerah kualiti Menteri Pendidikan.
  • 1998: Perasmian Dataran Putra.
  • 1999: Perlaksanaan Sekolah Bestari. Perayaan Jubli Emas penubuhan Sekolah Menengah Kebangsaan Derma.
  • 2007: Perlaksanaan Sekolah Kluster.